Sunday, August 1, 2010

kesempitan dan kesakitan..



Maksudnya :
"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah, melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim".
(Surah Al-Anbiyak : Ayat 87)


jikalau kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini.
Disamping itu kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah s.w.t.. Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. Tatkala kita membacanya patut kita hayati sungguh-sungguh bahawa kita telah menzalimi diri kita.
Oleh itu kita hendaklah bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau besar, yang disedari atau tidak, terhadap manusia atau dosa terhadap Allah s.w.t.. Mudah-mudahan Allah s.w.t. mengampunkan segala dosa kita dan melapangkan segala kesempitan kita. Setiap muslim berdoa dengan ayat ini akan diperkenankan doanya.(HR Tirmizi)

ya Allah, hambaMu ini dalam kesedihan...damaikan hatiku...

No comments:

Post a Comment